Thursday, July 17, 2014

Kulit bertukar jadi kehitaman


KOTA BHARU - Penderitaan seorang wanita yang mengalami masalah kegagalan kelenjar peluh sehingga menyebabkan kegatalan kulit dan bertukar menjadi kehitaman menyebabkan ibu dua anak, berasal dari Kampung Panjang di sini, tidak dapat bekerja.


Lebih malang lagi apabila Fatihah Awang, 26, turut lumpuh sebelah badan, menyebabkan dia terpaksa bergantung dengan bantuan ibunya, Nazirah Adam, 50, untuk menguruskan dirinya setiap hari sejak hampir tiga tahun lalu.

Fatihah berkata, penyakit kegatalan kulitnya bermula ketika dia masih bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di bandar ini.

Wednesday, July 16, 2014

Tertipu tilam RM55,000



KOTA BHARU - Seorang suri rumah bukan sahaja kerugian RM12,300, malah hadiah sebuah tilam ‘Jade’ yang kononnya bernilai lebih RM55,000 seperti dijanjikan sebuah syarikat jualan langsung yang menjalankan tawaran hadiah kepada pemenang secara percuma lesap begitu sahaja.

      
Taktik terbaharu digunakan ialah dengan teknik 'sentuh dan menang' menyasarkan golongan 30-an sehinggalah warga emas.



Mangsa enggan dikenali berkata, kejadian seminggu lalu ketika dia ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk membeli kelengkapan persiapan Aidilfitri dan ketika itu, dia dihampiri dua jurujual,  seorang lelaki dan wanita.

Friday, July 11, 2014

Berhenti merokok di bulan puasa


AMALAN puasa Ramadan seharusnya bantu cemerlangkan diri dari segi minda, psiko-emosi, fizikal dan spiritual


Perokok tegar merupakan individu yang mendapati diri mereka sukar untuk berpuasa dalam Ramadan. Baru beberapa jam berpuasa mereka berasa tidak selesa kerana mengalami kesan ketagihan.

Nikotin daripada tembakau merupakan bahan utama yang menyebabkan perokok berasa cergas sebaik-baik sahaja merokok. Ia berlaku kerana nikotin menyebabkan paras gula meningkat. Bagaimanapun merokok menyebabkan peningkatan paras gula berlaku secara mendadak. Malah penurunan paras gula juga mendadak.

Thursday, July 10, 2014

Tinggal nasi bungkus elak dicekup Jaipk



BAGAN SERAI – Lebih 10 pelanggan sebuah kedai makan di Kuala Kurau, di sini lari lintang pukang sebaik premis itu diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), semalam.

Dalam keadaan kelam kabut itu, ada sebahagian pelanggan tertinggal bungkusan nasi yang dipesan gara-gara mahu mengelak diri daripada dicekup.

Operasi sama turut tegang dengan insiden kecoh apabila salah seorang pekerja kedai makan itu bertindak memaki hamun anggota penguat kuasa Jaipk yang sedang menyoal siasat pemilik.

Wanita dikurung, dilacur diselamatkan polis


KRUBONG - Lambaian dan tangisan seorang wanita di sebalik pintu jeriji besi berkunci berjaya menyelamatkannya semalam daripada terus dikurung di sebuah rumah kedai di Taman Seri Krubong, di sini, dan menjadi pelacur.


Mangsa berusia 22 tahun yang gagal melarikan diri kerana pintu di tingkat bawah bangunan dua tingkat berkunci, bagaimanapun, berjaya diselamatkan polis yang menerima panggilan orang awam kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dikurung di dalam sebuah premis di tingkat dua disedari seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan itu untuk beli makanan di kedai berhampiran.

Wednesday, July 9, 2014

Berhenti perdaya suri rumah



KUANTAN – Suri rumah, khususnya di sekitar kawasan perumahan diingatkan supaya berhati-hati dengan penjualan langsung kepala tong gas dari rumah ke rumah yang semakin giat dilakukan pengusaha luar memandangkan mereka cuba memaksa pembeli dengan alasan kepala tong gas digunakan tidak selamat.

Adun Teruntum, Sim Chon Siang berkata, penjualan tersebut bukan dilakukan dari pintu hadapan, malah modus operandi mereka adalah dari pintu belakang rumah dan harga yang ditawarkan berlipat gali ganda sehingga mencecah RM300.

Kejutan di surau MRSM



TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.

Tuesday, July 8, 2014

Pengusaha sangkar ikan nyaris diculik


KOTA KINABALU - Cubaan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata untuk menculik seorang pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar di Pulau Bangau-Bangau, Semporna, awal pagi ini gagal kerana pengusaha itu tidak berada di pusat ternakan itu.
   
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata seorang daripada pekerja pusat ternakan itu menghubungi Polis Marin berhubung kejadian itu pada kira-kira 1 pagi.
   
"Enam suspek bertopeng, satu tidak bertopeng manakala enam bersenjata parang panjang dan seorang menggunakan senjata api pistol. Mereka menaiki sebuah bot laju warna biru dengan outboard enjin 200hp," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Monday, July 7, 2014

Pesawat AirAsia tergelincir di Brunei


KUALA LUMPUR - AirAsia mengesahkan bahawa Penerbangan AK 278 tergelincir di landasan semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang.

AirAsia dalam satu kenyataan di sini berkata, penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur dan dijadualkan mendarat di Bandar Seri Begawan pada 4 petang sebelum tergelincir "sedikit" di landasan semasa hendak mendarat.   

Hajat bertunang tak kesampaian



JEMPOL - Seorang kakitangan Felda Palong 10 di sini, tidak sempat melangsungkan pertunangannya Disember ini apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 22 , Jalan Bahau-Keratong, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohamad Abu Thalha Mohamad Ardani, 25, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Felda Lui Barat, di sini.

Bapa mangsa, Mohamad Ardani Ngadimon, 55, berkata, anak keempat daripada 10 beradik itu pernah memaklumkan untuk bertunang selepas Hari Raya Aidilfitri, namun ditunda pada Disember.

Sunday, July 6, 2014

'Kami makan apa yang ada'



KOTA BHARU - Puasa dalam keadaan tiada bekalan elektrik dan air amat menyukarkan hidup empat beranak pada tahun ini.

Keperitan mereka semakin bertambah apabila ketua keluarga,  Ariff Sukiman baru sahaja meninggal dunia pada April lalu.

Bukan sahaja terpaksa tinggal di rumah kayu usang yang lantainya hampir runtuh, malah ibu tunggal, Nur Azlina Razid, 34, terpaksa mengangkut air setiap hari untuk kegunaan hariannya sekeluarga.

Anak guru nyaris dibawa lari


TEMERLOH – Seorang guru sebuah sekolah menengah di sini membuat laporan polis apabila dimaklumkan seorang lelaki bermotosikal cuba membawa pulang anaknya dari pusat asuhan tunas Islam (Pasti) Taman Temerloh Makmur, pagi kelmarin.
Guru yang enggan identitinya didedahkan bergegas ke Pasti terbabit selepas dimaklumkan guru pengasuh Pasti tentang seorang lelaki cuba melarikan anaknya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika guru terbabit yang berusia 29 tahun berada di sekolah tempatnya mengajar dan dimaklumkan menerusi telefon mengenai kehadiran seorang lelaki menunggang motosikal cuba membawa pulang anaknya.

Saturday, July 5, 2014

Lidah ikan merah pelik


SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di Kampung Nangka, Tikam Batu, kelmarin.

Siti Rohayu Abd Hamid, 42, berkata, dia sedang membersihkan kepala ikan berkenaan sebelum terkejut apabila lidah yang dimiliki ikan seberat hampir 800 gram itu terkeluar dari mulutnya.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tiga tahun memulakan operasi kedai makan di sini.

Wednesday, July 2, 2014

Diplomat Malaysia suspek serangan seksual


SHAH ALAM – Wisma Putra hari ini mengesahkan seorang diplomat Malaysia telah menjadi suspek dalam satu kes serangan seksual di New Zealand.


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dipetik melalui sebuah portal hari ini berkata, suspek kini didakwa atas tuduhan terbabit dan bakal berhadapan dengan hukuman berat jika disabitkan kesalahan.

Suspek juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara itu dan diarah pulang serta-merta ke Malaysia.

Ibu remaja OKU diikat jamin


SEREMBAN – Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya berjumlah RM7,000.


Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang.

Difahamkan, wang jaminan tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib menimpa Lolalopita atau lebih dikenali sebagai Lola.

Tuesday, July 1, 2014

Ahli akademik tidak boleh dikritik?


SHAH ALAM – “Ahli akademik tidak boleh dikritik? Helloooo .... ini adalah 2014. Sedangkan kedudukan Raja pun ada yang berani persenda,” ujar Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik dari laman mikro Twitternya, hari ini.


Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar itu membuat komen demikian ekoran arahan peletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Tonton bola lepas bunuh keluarga


MILAN - ITALI. Seorang peminat bola sepak didakwa mengelar leher isteri dan dua anaknya sebelum pergi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia melibatkan pertembungan England dan Itali di sebuah pub.

Polis tempatan sebagai berkata, perunding komputer Carlo Lissi, 31, dituduh membunuh isterinya, Cristina Omes, 38, dan dua anaknya, Giulia, 5, serta Gabriele, 20 bulan, di rumah mereka di Motta Visconti, berhampiran Milan, Itali.