Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Lidah ikan merah pelik


SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di Kampung Nangka, Tikam Batu, kelmarin.

Siti Rohayu Abd Hamid, 42, berkata, dia sedang membersihkan kepala ikan berkenaan sebelum terkejut apabila lidah yang dimiliki ikan seberat hampir 800 gram itu terkeluar dari mulutnya.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tiga tahun memulakan operasi kedai makan di sini.

Tuesday, May 20, 2014

Bigfoot Muncul Lagi?

JOHOR BAHRU – Sesuatu yang aneh apabila tiga pasang tapak kaki berlumpur, yang pertama kelihatan seperti tapak kaki harimau, kedua kelihatan seperti tapak kaki gajah dan yang ketiga menyerupai tapak kaki manusia tetapi dengan saiz besar ditemui.

Saturday, June 16, 2012

Gambar Dirakam Bertukar Menjadi Lembaga Menyeramkan di Ipoh


IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.


Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.



Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

Thursday, June 14, 2012

Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar Harian


KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!,ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi,Khamis lalu.