Showing posts with label Comedy. Show all posts
Showing posts with label Comedy. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Peguam Dan Saksi

images from google

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting. 

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Tuesday, December 4, 2012

Pusing-pusing


Seorang lelaki bernama Ajid telah ditahan oleh polis…

Ajid: “Apa salah saya tuan? Saya pakai helmet, pakai jeket, ada kad pengenalan dan ada lesen motor..semua cukup..” Tanya Ajid kepada polis itu dengan rasa hairan..

Polis: “ Memang la semua ada… aku rasa macam nak bagi peninju je bila tengok kau ni…Apesal kau pusing-pusing kat tengah jalan raya ni pakai helmet tapi tak naik motor?”

Reference: Facebook

Monday, November 5, 2012

Bunyi Haiwan

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!

Reference: Facebook

Tuesday, September 4, 2012

Kadangkala Kita Lupa Tugas Kita Yang Sebenar

Images from Facebook
BNO: Kalau kerja korang nak berfacebook, silalah mintak kerja dengan Mark Zuckerberg yea... :)

Sunday, June 17, 2012

Gula

Budak : Auntie ! ada gula tak ?
Auntie : Ada .. sana tu (sambil menunjuk tempat)
Budak : Tiada pun .. garam sama belacan saja ni ...
Auntie : Ada pun .. (sambil mengambil bungkusan dari ... rak yang bertulis Garam ) .
Budak : Auntie ! saya mahu gula bukan garam ...
Auntie : Gula la ni ... tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tidak nampak ..!
Budak : @&(%#


Reference: Facebook

Saturday, June 9, 2012

2 Minggu Sahaja

Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk “Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja”. Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya “Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?”

“Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja”.

Friday, June 8, 2012

Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.