TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima
kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran
milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.
Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua
muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah
Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.
Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia
mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah
Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.
"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan
bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya
perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.
"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil
sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan
membaca al-Quran," katanya.
Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.
Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang
merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan
di rumahnya di Kampung Neting.
Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang
kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir
Tumboh pada 1998.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment