JEMPOL - Seorang kakitangan Felda Palong 10 di sini, tidak sempat
melangsungkan pertunangannya Disember ini apabila dia maut dalam
kemalangan di Kilometer 22 , Jalan Bahau-Keratong, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohamad Abu Thalha
Mohamad Ardani, 25, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Felda Lui
Barat, di sini.
Bapa mangsa, Mohamad Ardani Ngadimon, 55, berkata, anak keempat
daripada 10 beradik itu pernah memaklumkan untuk bertunang selepas Hari
Raya Aidilfitri, namun ditunda pada Disember.