Tuesday, July 1, 2014

Ahli akademik tidak boleh dikritik?


SHAH ALAM – “Ahli akademik tidak boleh dikritik? Helloooo .... ini adalah 2014. Sedangkan kedudukan Raja pun ada yang berani persenda,” ujar Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik dari laman mikro Twitternya, hari ini.


Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar itu membuat komen demikian ekoran arahan peletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Katanya lagi, kajian yang dihasilkan Umcedel sering kali mencucuk kedua-dua pihak (BN dan PR)

“....tetapi saya ragu-ragu integriti metodologi kajian mereka.

“Kajian Umcedel kadang-kadang menyentuh isu-isu politik secara subjektif. Luar dari skop akademik yang biasa. Tinjauan politik mempunyai prasangka.

“Mereka yang menghadiri forum Umcedel sedar bagaimana berat sebelah Umcedel dalam pendekatan kajian dan metodologi.

Katanya lagi, saiz sampel Umcedel, kualiti dan ‘rangka’ soalan yang dihasilkan boleh membawa kepada berat sebelah.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh Kementerian Pendidikan atas ‘campur tangan politik’.

Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment