SEREMBAN – Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah,
wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke
Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya
berjumlah RM7,000.
Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang.
Difahamkan, wang jaminan tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan
pekerja tersebut terhadap nasib menimpa Lolalopita atau lebih dikenali
sebagai Lola.
Pada 27 Jun lalu, Lola dihadapkan di mahkamah seksyen di sini atas dua
pertuduhan iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya yang juga OKU,
Muhammad Firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah
bilik Flat Taman Semarak, Nilai.
Bagi kesalahan tersebut, wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu
didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33(c) Akta Kanak-Kanak
2001.
Hakim, Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian membenarkan tertuduh
diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan (RM3,500 satu pertuduhan)
dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 24 Julai, sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Sementara itu, menurut sumber, Lola kini diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sehingga kesnya selesai.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment