SHAH ALAM – Wisma Putra hari ini mengesahkan seorang diplomat Malaysia
telah menjadi suspek dalam satu kes serangan seksual di New Zealand.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dipetik melalui
sebuah portal hari ini berkata, suspek kini didakwa atas tuduhan
terbabit dan bakal berhadapan dengan hukuman berat jika disabitkan
kesalahan.
Suspek juga telah diarahkan untuk meninggalkan negara itu dan diarah pulang serta-merta ke Malaysia.
Menurutnya, Wisma Putra juga tidak akan bertanggungjawab melindungi
serta membenarkan siasatan pihak berkuasa New Zealand ke atas suspek
demi kepentingan sistem keadilan dan undang-undang.
“Hanya kerana dia seorang diplomat, tidak semestinya dia akan terlepas
dari sebarang salah laku, imuniti yang diberikan pada seorang diplomat
bukannya untuk membolehkan dia melakukan jenayah.
"Saya sudah pun menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand untuk bercakap mengenai hal ini,” katanya.
Dalam satu laporan oleh Associated Press, polis telah menahan diplomat
itu pada 9 Mei lalu dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan
serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara
maksimum 10 tahun jika disabitkan kesalahan.
Suspek yang merupakan seorang diplomat dalam lingkungan usia 30-an,
telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan
menyerangnya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment