Monday, May 19, 2014

Kekasih Baharu, Shila Amzah Kunci Mulut

Image from Sinar Harian

BARU-baru ini, dunia hiburan tempatan hangat dengan kisah tentang kekasih terbaru penyanyi yang mencipta nama di China, Shila Amzah. Khabarnya Shila kini sedang hangat bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.

Shila sebelum ini telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.

Memetik Media Hiburan, sehingga kini Shila masih belum memberi sebarang komen mengenai hal tersebut kerana berada di China. Malah, Adam yang dihubungi oleh pihak media juga dilaporkan mengunci mulut mengenai hubungan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment