Sunday, July 8, 2012

Tips Untuk Memulakan Perniagaan Secara Online


Salam Semua.
Masih ramai lagi yang keliru untuk memulakan satu blog atau website sendiri. Mungkin ada yang beragan-agan untuk menjalankan satu perniagaan online. Mungkin juga ada yang mempunyai perancangan untuk berurusniaga secara online seperti jual tudung online, jual kereta online, jual tempoyak online, jual perabot jati online atau sebagainya.
Memang tidak di nafikan perniagaan online mendapat perhatian yang tinggi ketika ini. Sebab apa? Sebab perniagaan online tidak memerlukan modal yang besar. Perniagaan online tidak perlu menyewa kedai RM500-RM1000 sebulan. Perniagaan online tidak perlu selalu berjalan mencari pelanggan. Semuanya Online atau di atas talian. Yang paling penting Perniagaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja seluruh dunia.
Dengan pembangunan pesat dunia Internet di Malaysia, banyak peluang yang boleh di ambil dari kemudahan Internet. Salah satunya, berniaga di Internet. Tetapi masih ramai lagi yang keliru di manakah sumber untuk memulakan perniagaan Internet? Apa jenis-jenis perniagaan Internet? Bagaimana Perniagaan Internet ini di lakukan? Betul ke ada orang boleh berniaga di Internet?

Jawapannya memang betul. Pelbagai cara orang berniaga di Internet. Yang paling mendapat perhatian ketika ini adalah berniaga melalui Facebook atau melalui Mudah.my atau ebay.com.my dan macam-macam lagi laman web  yang menyediakan perkhidmatan sedemikian. Tetapi bukan itu yang mahu aku kupaskan pada entri kali ini.
Aku lebih tertarik untuk menjalankan perniagaan dengan menggunakan lama web  atau blog anda sendiri. Maksudnya, anda berniaga secara online di atas laman web  atau blog anda sendiri. Senang cakap berniaga atas tapak anda sendiri. Bukan tapak kedai seperti si luar sana tu, tetapi tapak anda di dunia online. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berniaga dan memasarkan perniagaan anda sendiri dengan menggunakan nama domain anda sendiri. 100% tidak bergantung pada tapak orang lain. Contohnya :





Tapak & Domain Anda Sendiri- www.keropoklekor.com, www.karipapkaklimah.com, www.currypufflina.com
Di tapak orang lain – www.facebook.com/keropoklekor, www.kedaionline.com/kaklimah
Bukankah lebih elok jika anda bangunkan tapak dan nama perniagaan atau nama kedai anda sendiri di Internet. Itu nampak lebih professional dengan perniagaan yang anda jalankan. Jika anda membuat perkhidmatan servis, bukankan ia membuka lebih banyak peluang kepada pelanggan-pelanggan anda yang jauh untuk melihat profil perniagaan atau perkhidmatan anda.  Ini salah satu sebab mengapa perniagaan secara Online berpotensi tinggi untuk meraih keuntungan yang tinggi jika segalanya di bina dengan lebih teratur.
Jadi bagaimana pula untuk membina tapak dan nama perniagaan anda sendiri di dunia Internet? Ini lagi satu kemusykilan yang melanda kepada sesetangah orang untuk memulakan satu perniagaan mereka sendiri di Internet. Dari mana nak mula? Apa yang perlu ada ya? Ok aku berikan sedikit cara bagaimana untuk memulakan satu perniagaan secara online dengan tanpa bergantung pada orang pihak lain.
1) Gunakan nama domain anda sendiri. Nama domain seperti : www.shaffik.com, www.photo.shaffik.com, www.rumahku.com, www.kacangrebus,com. Ini semua contoh nama domain. Pilih nama domain anda sendiri yang sesuai dengan perniagaan anda semua. Berapa bayarannya? Kebiasaannya nama domain ini perlu di bayar sewa secara tahunan. BiasanyaRM30-Rm35 untuk setahun. SETAHUN tau, bukan sebulan.
Lepas tu apa nak buat. Dah boleh mulakan perniagaan ke? Belum lagi abang , kakak-kakak…uih gelojohnya.
2) Jika sudah pilih nama domain sendiri, anda perlu ada pula tapaknya. Inilah yang di namakan WEB HOSTING. Apa pula laa WEB HOSTING ni? WEB HOSTING ini berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda atau blog anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.
Kenapa tak boleh pakai komputer rumah sahaja ya? Sebab komputer atau laptop di rumah anda itu bukan Server yang mampu menangung kedatangan pengunjung ramai  ke laman web atau blog anda. Memang tak mampu. Jika boleh buat pun, hanya boleh menerima 10 orang pengunjung dalam satu masa sahaja. Anda boleh mencari mana-mana penyedia Web Hosting untuk menyewa tapak daripada mereka. Seperti JOMHOSTINGSEALSERVERDATAKL,EXABYTES dan banyak lagi. Semua senarai yang aku senaraikan di atas adalah penyedia web hosting yang terbaik di Malaysia. Anda juga boleh membeli domain dan web hosting sekali dengan mereka.
Berapa bayarannya? Web Hosting mempunyai banyak pakej. Ada yang bermula dari RM20 – RM300 setahun . Ini bergantung kepada penggunakan untuk laman web itu sendiri. Anda boleh tanya kepada pengendali web hosting bagi setiap pakej yang di berikan.
Ok sekarang, domain dah ada, web hosting pun dah ada apa langkah seterusnya?
3) Bina laman web atau blog perniagaan anda sendiri. Mungkin ada kata benda ini susah? Susah sebab apa? Sebab tiada pengalaman untuk membuat laman web atau blog perniagaan anda sendiri. Aku berikan 2 pilihan yang mungkin boleh membantu anda semua membina laman web atau blog perniagaan anda sendiri.
  • Memberikan upah kepada kawan-kawan yang boleh membina laman web atau blog. Biasanya laman web lebih mahal dari blog. Dan ia terpulang kepada pembuat laman web berapa bayaran yang akan di kenakan.
  • Buat laman web atau blog sendiri. Jika tak tahu, belajar dari kawan-kawan yang pandai atau belilah mana-mana guide cara membuat laman web atau blog. Kebiasaanya, blog lebih mudah dari membuat laman web.
4) Setelah laman web atau blog siap dibangunkan dengan sempurna, buatlah promosi untuk memberitahu orang ramai bahawa anda sudah pun mempunyai laman web atau blog perniagaan sendiri. Iklankanlah di mana-mana yang perlu untuk menarik perhatian datang ke laman web atau blog anda. Gunakan kesempatan yang ada untuk promosi di Facebook atau Twitter kerana dua medium ini mempunyai potensi yang besar menarik traffik yang banyak datang terus ke laman web atau blog anda.
Nah 4 tips di atas sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan Online. Terutamanya mereka yang ingin membina laman web atau blog untuk perniagaan anda sendiri. Harap tips di atas sedikit sebanyak membantu mereka yang masih lagi tercari-cari cara memulakan perniagaan di Internet. Ingat, banyak orang yang menawarkan untuk memulakan perniagaan di Internet. Tetapi mungkin ramai yang sudah tertipu. Jangan teruskan diri anda tertipu lagi.  Jadi di harap tips ini boleh membantu untuk memulakan perniagaan di Internet dengan betul.
Reference: Blog Shaffik

5 comments:

  1. http://www.niagaklik.com/hop.php?ref=coklatpie

    WAU!! HANYA KLIK SAJA SUDAH DAPAT DUIT?!!
    cubalah saya jamin ianya PERCUMA

    ReplyDelete
  2. http://www.niagaklik.com/hop.php?ref=coklatpie

    WAU!! HANYA KLIK SAJA SUDAH DAPAT DUIT?!!
    cubalah saya jamin ianya PERCUMA

    ReplyDelete
  3. Boleh belajar di sini juga http://nasriahabdullah.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Satu perkongsian yang sangat menarik. Bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan online secara kecil-kecilan, kami menawarkan pelbagai Pakej Website Murah untuk anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete